ISU SEMASA : HENTIKAN BULI

[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 21/22]

[EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI]

[ISU SEMASA]

 

4 RABIULAKHIR 1443H | 9 NOVEMBER 2021


[ BULI: KESAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN]


Kes kematian Zulfarhan: 90 tekapan seterika wap sebabkan kematian, tetapi bukan niat membunuh - Hakim

(Sumber: Astro Awani)


Pada minggu lepas, Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selepas didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat terhadap Pegawai Kadet Laut universiti itu, Zulfarhan Osman Zulkarnain, empat tahun lalu. Perkara ini, telah membuka mata seluruh rakyat tentang bahaya budaya membuli. Namun hakikatnya, budaya membuli ini masih berleluasa dalam kalangan remaja di malaysia.

Sebagaimana yang kita maklum, buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Buli melibatkan serangan fizikal dan ancaman, mencuri dan peras ugut. Manakala penderaan lisan seperti mencela atau menghina individu, mengejek isu perkauman, gangguan seksual serta buli siber juga termasuk sebagai klasifikasi buli mental.

Justeru, jelaslah bahawa perbuatan buli merupakan perbuatan terkutuk yang tidak disukai oleh Allah SWT dan ia jelas bertentangan dengan Islam yang begitu mementingkan kemuliaan setiap insan.


Firman ALLAH SWT:

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ

"Dan demi sesungguhnya, kami telah muliakan anak cucu Adam."

(Surah al-Isra, ayat 70)

Ayat berkenaan jelas menunjukkan bahawa Allah SWT begitu memuliakan semua manusia yang merupakan cucu-cicit Nabi Adam AS. Ia tidak kiralah sama ada seseorang itu beragama Islam atau tidak. Kemuliaan itu dari segi fizikal selagi kita digelar sebagai manusia. Bayangkan Allah begitu memuliakan dan mengangkat martabat manusia, namun kita pula telah melakukan jenayah buli yang bertentangan dengan ayat suci tadi.

Persoalannya apakah kesan buli kepada mangsa dan langkah yang boleh dipraktikkan untuk mencegah budaya buli?


KESAN BULI TERHADAP MANGSA

1.    Memberi kecederaan fizikal kepada mangsa.

 

Secara umumnya, buli fizikal boleh mengakibatkan kecederaan fizikal seperti pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, atau sepak teranjang yang boleh mengakibatkan kecederaan kepada mangsa bahkan boleh mengakibatkan kematian.

Kebiasaannya mangsa buli akan mengalami masalah kesihatan. Menurut statistik buli 2015, termasuk kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika, 23% orang dewasa muda yang menjadi mangsa pembuli mencari bantuan untuk gangguan psikiatri (seperti kebimbangan yang teruk atau gangguan kemurungan utama) sebelum usia 30, berbanding dengan hanya 12% daripada mereka yang tidak pernah terbabit dalam buli sama sekali.

Mangsa buli juga dua kali berkemungkinan mengalami masalah fizikal seperti sakit kepala dan sakit perut. Dalam pada itu, jelaslah bahawa buli fizikal dapat memberi kesan yang amat teruk kepada mangsa.


2.    Memberi kecederaan mental kepada mangsa.

Disamping itu, perbuatan buli juga memberi kesan kecederaan mental disamping kecederaan fizikal kepada mangsa. Perkara ini jelas dimana mangsa buli yang mengalami pengalaman dibuli yang dasyat akan menyebabkan seseorang itu trauma sekaligus mengakibatkan gangguan kesihatan mental yang dipanggil post traumatic stress disorder (PTSD). Mangsa buli yang trauma juga akan mengalami sindrom seperti enggan hadir ke sekolah atau universiti, mengasingkan diri dari dunia luar, kemurungan malah ada yang cuba membunuh diri bagi menamatkan penderitaan yang mereka alami.

Begitu juga dengan buli mental, masyarakat sekarang cenderung untuk membuli dengan kata-kata, kutukan dan caci maki sudah menjadi amalan masyrakat kini. Islam begitu keras menegah perbuatan membuli. Banyak ayat al-Quran dan hadis yang melarang kita daripada mengeluarkan perkataan keji, mencaci maki dan menyelar. Apatah lagi buli dalam bentuk mental. Meskipun kita mengeji tubuh badan orang dengan mengata dia gemuk atau busuk dan sebagainya tanpa meninggalkan luka pada tubuhnya, tetapi hatinya telah dilukai.

 

Firman Allah SWT:

 

وَلَا تَلْمِزُوْٓا اَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوْا بِالْاَلْقَابِۗ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوْقُ بَعْدَ الْاِيْمَانِۚ وَمَنْ لَّمْ يَتُبْ فَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الظّٰلِمُوْنَ

"Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (jadi fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."

(Surat al-Hujurat, ayat 11)

 

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: "Seorang Mukmin itu bukanlah orang yang suka mencela, suka melaknat, suka berperilaku keji dan suka berkata kasar." (Riwayat at-Tirmizi)


Jelaslah bahawa buli memang bukan budaya Islam bahkan jauh menyimpang daripada ajaran agama yang suci ini!

 

PERANAN MASYARAKAT UNTUK MENCEGAH BULI


Masyarakat haruslah benar-benar memahami tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim iaitu membawa mesej sejahtera atau mewujudkan keselamatan kepada orang di sekelilingnya di mana sahaja kita berada, Berikut merupakan langkah yang boleh dipraktikkan untuk membendung budaya buli:

 

      i.  Menunjukkan teladan yang baik

     ii.  Memperkasakan Pendidikan sivik

    iii.  Menganjurkan acara kemasyarakatan

   iv. Mempelajari seni pertahanan diri


Justeru, disini saya menegaskan bahawa setiap individu, masyarakat mahupun negara Islam perlulah menjadi tempat serta lingkungan yang baik bagi setiap umat manusia untuk menyelamatkan diri daripada kezaliman sesama manusia termasuk dalam media sosial yang dikerumuni oleh jutaan penggunanya.

 

"HENTIKAN BULI, SEBARKAN RAHMAH"

 

 Disediakan oleh:

[MUHAMMAD ALIFF BAIHAQI BIN ARMANSHAH]

SEKRETARIAT,

EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI 21/22

PERSATUAN MAHASISWA HADHARI (PMH)


#UnitIsuSemasa

#ExcoPeneranganDanInformasi

#PmhUitmSA

#PersatuanMahasiswaHadhari2122

 


Rujukan:

https://sinarplus.sinarharian.com.my/agama/buli-orang-tanpa-rasa-bersalah-hati-hatilah-perbuat an-itu-bakal-dituntut-di-akhirat-kelak/

https://seribuombak.wordpress.com/2019/01/16/kes-buli-beri-kesan-mendalam-kepada-mangsa-buli/

https://www.ipendidikan.my/peranan-masyarakat-membendung-jenayah-negara.html

 https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-kematian-zulfarhan-90-tekapan-seterika-wap-s

 ebabkan-kematian-tetapi-bukan-niat-membunuh-hakim-328806


Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

Dr. Ayman al-Akiti