KITA MASIH BELUM MENANG

[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 20/21]
[EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI]
[ISU SEMASA COVID-19]

24 Rabiulawal 1442H | 10 November 2020


[KITA MASIH BELUM MENANG]

Pada 7 November 2020 yang lalu, kerajaan sekali lagi mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh semenanjung Malaysia kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis. Hal ini berikutan peningkatan kes yang mendadak. PKPB ini akan berlansung selama empat minggu bermula 9 November 2020 sehingga 6 Disember 2020.


Seperti sedia maklum, Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Coronavirus 2019 (COVID-19).  Apa yang kita patut tahu adalah COVID-19 menular daripada seorang kepada seorang yang lain menerusi rembesan pernafasan yang berada di udara apabila orang yang dijangkiti bersin atau batuk.

Pada asalnya keadaan di Malaysia menunjukkan pengurangan kes rentetan daripada kawalan daripada pihak kerajaan. Namun, sejak beberapa minggu lalu, kes positif meningkat diluar jangkaan sehingga mencecah empat angka. Maka, kerajaan telah mengambil langkah pencegahan dengan melalukan PKPB ini.


PATUHI SOP, TELADANI RASULULLAH

Jadi, kita harus mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan seperti tidak merentas daerah dan negeri kerana tempat yang dijangkiti itu mungkin berwabak. Hal ini bertepatan dengan hadis nabi.

إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ

Maksudnya:

“Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.”

(Hadis riwayat Imam Muslim).

Nabi s.a.w. juga pernah  didatangi oleh sekumpulan orang dari Bani Thaqif untuk berbai’ah, dan salah seorang daripada mereka menghidapi sejenis penyakit yang berjangkit.  Nabi s.a.w. mengutus kepadanya dan tidak bersentuhan dengan dia, seraya berkata: “Sesungguhnya kami telah menerima ba’iah kamu, maka pulanglah.

(Hadis riwayat Imam Muslim).

Maka, kita sewajarnya bersabar dan mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan seperti memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakkan fizikal untuk mengurangkan keberjangkitan virus Covid-19 ini. Kita juga haruslah sentiasa bersabar dan berdoa kerana doa adalah senjata umat.

Allah SWT mengkhabarkan berita gembira kepada hamba-Nya yang sentiasa berdoa dan memohon sesuatu hajat dalam firman-Nya yang bermaksud:

Dan Tuhan kamu berfirman: ‘Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

(Surah Al-Ghaafir: 60)

Jadi marilah kita meneruskan perjuangan bagi memastikan bahawa jumlah kes positif Covid-19 dapat dikurangkan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Sekian.

 

"MEMBINA GENERASI BERILMU & BERAKHLAK MULIA"

 

Disediakan oleh:

[NORFADHLAN ADLI BIN NORKHAIRI]

SEKRETARIAT,

EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI 20/21,
PERSATUAN MAHASISWA HADHARI (PMH)

#PMHUiTMSA
#PMHBukanUntukOrangBaik2TapiUntukOrangYangNakJadiLebihBaik
#UnitIsuSemasa
#EPI

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

Dr. Ayman al-Akiti