Posts

Showing posts from April, 2019

PENGHINAAN KALAM ALLAH

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 21 Syaaban 1440H | 27 April 2019 [Penghinaan Kalam Allah] Baru-baru ini saya dikejutkan dengan seorang individu yang tidak bertanggungjawab yang sanggup memperolok-olokkan ayat al Quran sekaligus bermain dengan hukum Allah di laman twitternya. Seolah-olah hati ini disiat-siat bilamana individu tersebut merupakan seorang ISLAM! Sungguh menyedihkan. Apakah kita sanggup melakukan sedemikian terhadap kitab suci kita sendiri? Dan masih ingatkah kita apakah itu al Quran?? Al Quran merupakan kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril secara mutawatir(berperingkat) dan membacanya dikira ibadat. Sungguh mulia al-Quran itu. Penghinaan al Quran ini sebenarnya sudah lama berlaku sejak zaman baginda Rasulullah SAW lagi sehinggga hari ini. Kenapa ini boleh berlaku? Kenapa?  Ia boleh berlaku disebabkan hilangnya rasa hormat terhadap al Quran sehingga menyamakan al Quran

LGBT KIAN BERLELUASA

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 16 Syaaban 1440H | 22 April 2019 [LGBT 🌈 kian Berleluasa] Apakah? Datuk bandar Pete Buttigieg secara rasmi mengumumkan bahawa beliau sedang bertanding untuk presiden Amerika Syarikat menjadikannya Demokrat gay terbuka secara terbuka untuk berbuat demikian. Kemudian, suami beliau, Chasten, menyertai beliau di atas pentas dan kedua-duanya berpelukan dan cium satu sama lain secara terbuka. Ini adalah berita yang terbaru dan sangat berkontroversi kerana menyokong hubungan LGBT yang sangat tidak semula jadi ini. Dibenarkan oleh Islam atau tidak? Sudah tentu tidak. Kenapa Islam ☪ tidak benarkan? Berdasarkan ayat Al-Quran, Allah telah berfirman dalam Surah Al-A’raaf ayat 80-81:- Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? &quo

BUANG BAYI DI MASJID

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 13 Syaaban 1440H | 19 April 2019 Tajuk : Buang bayi di masjid. Tahukah anda baru-baru ini telah terjadi  satu kejadian yang menyayat hati masyarakat Malaysia dimana mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai berusia tiga hari telah dijumpai bersama sekeping nota bertulis, di Masjid As-Syakirin, Pasir Puteh, Bachang. Kejadian itu berlaku pada pagi Selasa, 16 April 2019, sekitar 6.30 pagi. Qariah yang ingin menunaikan solat Subuh telah menemui bayi tersebut dalam balutan kain batik dengan keadaan masih bertali pusat dan mempunyai kesan darah pada hidung. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, berdasarkan nota yang ditulis atas kertas putih, bayi yang tidak berdosa  itu dipercayai baru berusia tiga hari dan dilahirkan pada Sabtu lalu. Bayi tersebut dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh dua jam sebelum ia dijumpai, berdasarkan keadaan mayat yang masih bah

TRANSGENDER MENARI DI MAJLIS PERKAHWINAN

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 07 Syaaban 1440H | 13 April 2019 Tajuk : Transgender Menari di Majlis Perkahwinan 1⃣ Baru2 ini telah tular di media sosial berkenaan sebuah video yang memaparkan aksi ghairah seorang transgender yang diundang membuat persembahan istimewa di majlis perkahwinan seorang model. 2⃣ Video yang tular itu memaparkan seorang transgender yang berpakaian seksi dan menjolok mata sedang menunjukkan tarian separuh bogel sambil disaksikan orang ramai termasuklah kanak-kanak dan orang tua yang hadir. 3⃣ Lebih mengejutkan apabila ditanya tentang sebab pengantin lelaki tersebut menjemput transgender itu ke majlisnya, beliau mengeluarkan kenyataan bahawa *_"Persembahan itu hanya sekadar hiburan untuk tetamu yang hadir ke majlis. Jadi perkara itu bukanlah suatu isu yang besar"_* 4⃣ Majlis perkahwinan seharusnya dihidangkan dengan sesuatu yang barakah seperti acara berselawat beramai-ramai mahupun al

BACHELORETTE A.K.A BRIDAL SHOWER

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 27 Rejab 1440H | 3 April 2019 -Bachelorette atau Bridal Shower- Tahukah anda?? Bachelorette ataupun Bridal Shower merupakan sambutan atau majlis untuk mengembirakan bakal pengantin perempuan yang akan menamatkan zaman bujang. Tambahan pula, sambutan ini juga telah lama diamalkan iaitu pada kurun ke16 Masihi di Holland Daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda.. مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” [Riwayat Abu Daud] Didalam Islam, ia melarang umatnya menyamakan dengan amalan kaum fasiq dan kafir.. Bachelortte party dilarang sama sekali untuk umat Islam kerana ia akan membawa kita kearah kemaksiatan dan jauh dari ketakwaan kepada Allah sekiranya ia tidak dibendung. Amat menyedihkan lagi dikejutkan dengan perempuan Islam sendiri yang menyambut Bachelorette party yang mengenakan t