Antara kemahuan dan kesungguhan, mana pilihan kita?
Salam
alaik kepada pembaca sekalian. Alhamdulilllah segala pujian kepada
Allah SubhanahuwaTaala kerana dengan limpah dan kurniaNya, kita masih
diberi nikmat Islam dan Iman. Selawat dan salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad Solallahualaihiwasallam. Disebabkan perjuangan
bagindalah, Islam sampai kepada kita hari ini. Baiklah, untuk entri
kali ini, suka bagi saya untuk berkongsi sedikit pandangan yang mana
saya rasa ramai yang masih dalam dilema.
Antara
kemahuan dan kesungguhan, mana pilihan kita??
“Eh,
aku nak try pakai tudung labuh tapi aku malu. Nanti orang cakap aku
alim plak.”
“
Bestnya dapat mati syahid macam pejuang Al-Qassam tu!.”
“
Geram weyhh dengan Israel ni!”
Tu antara ayat2 yang sering saya dengar daripada mulut2 orang. Bila
difikirkan balik, adakah tu kemahuan kita semata-mata atau
kesungguhan kita nak buat. Sebagai contoh, ada kemahuan nak pakai
tudung labuh tapi disebabkan perasaan malu kepada manusia, kita gagal
nak mengaplikasikan kesungguhan itu. Kita lebih memikirkan pandangan
manusia yang berbillion tu daripada syariat Allah.
Yang kedua plak ada kemahuan nak mati syahid tapi masih buat maksiat.
Ibadah wajib masih tak sempurna. Sebab tu kemahuan perlu disertai
kesungguhan yang padu. Cuba kita lihat sehebat mana ibadah dan amalan
pejuang Al-Qassam untuk dapatkan syahid. Memang, kita tak mungkin
boleh capai seperti mereka tapi yang menilai amalan tu hanya Allah.
Saya ulang, kesungguhan nak dapatkan mati syahid perlu disertai
amalan-amalan sepatutnya. Sama jugak dengan isu Israel. Hati kata
benci tapi masih menyokong barang mereka. Tu ke kesungguhan yang kita
banggakan selama ni? Allahu..banyak yang kita tak sedar. Masih
ditakuk lama, dalam keselesaan sehingga alpa untuk meningkatkan
amalan kita.
Tiada halangan untuk berubah. Setiap orang berhak untuk kembali
kepada Sang Pencipta. Antara kemahuan dan kesungguhan, dua2 perlu
seiring. Niat memisahkan keinginan
dan kebencian. Sabda Rasulullah SAW:
” Dari Amirul Mukminin
Umar Al-Khattab r.a katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda : ‘ Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai
mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang
berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut
niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah
untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya
dinilai mengikut tujuan hijrah itu.”
(Riwayat al-Bukhari dan
Muslim)
Sebab tu niat memainkan
peranan penting sebagai langkah pertama ke arah mencari keredhaan
Allah. Saya percaya dan yakin ramai yang mempunyai niat untuk berubah
ke arah kebaikan. Cumanya niat sahaja tidak mencukupi sekiranya
kesungguhan untuk berubah tidak dibajai dengan benih-benih ibadah
kepada Allah.
The key to success
Good
Intention + full effort = keredhaan Allah, insyaAllah....
Sampai
sini jelah entri untuk kali ini. Semoga apa yang disampaikan mampu
menjentik sedikit hati kita2 semua untuk sama2 berusaha menjadi hamba
Allah yang diredhaiNya. Saya tinggalkan kalian semua dengan sedikit
kata2 daripada Saidina Umar R.A:
“Apabila
engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia
mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan
menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu”
Exco
Kepimpinan Dan Modal Insan
Persatuan
Mahasiswa Hadhari
2014/2015
Comments
Post a Comment