SUATU KELAINAN



by Shazli Sufi 


Hijjrah merupakan satu peristiwa yang penting dalam lipatan sejarah Islam kerana ia merupakan satu titik permulaan kepada tertubuhnya Negara Islam madinah dan susulan kepada pembukaan kota makkah atau Fathul Makkah.

Hijjrah juga menjadi titik tanda kepada penciptaan calendar Islam dizaman saidina Umar al khattab. Tidak lama lagi umat islam akan menyambut hari memperingati peristiwa penghijjrahan Rasulullah saw dari makkah ke madinah. Amat malang bagi umat islam hari ini yang mana saban tahun meraikan, memperingati hari penghijjrahan baginda Rasulullah saw dari makkah ke madinah, tetapi tidak langsung mengambil ibrah atau hikmah dari peristiwa tersebut. 

Sehubungan dengan itu pihak Pusat kefahaman Islam UITM (citu) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa hadhari (PMH) menganjurkan “Malam Sirah Muzikal” dengan tema “ ku cari lampu Allah” sebagai simbolik penghijjrahan yang sangat berkaitrapat dengan hidayah Allah swt.


Program tersebut akan membawa satu kelainan dalam menyampaikan mesej islam kepada mahasiswa uitm. Oleh sebab itu pembawakan dan corak pada malam tersebut akan memperlihatkan kelainan tetapi membawa mesej islam yang memfokuskan hijjrah sebagai satu titik permulaan kepada perubahan dan kejayaan seorang mukmin itu.

Semua warga uitm dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut. Pasti anda akan merasai kelainan. Kelainan dari sudut penyampaian mesej hijjrah dan kelainan dari sudut pengendalian majlis. SEMUA DIJEMPUT HADIR!

Comments

  1. assalamualaikum wbt...
    alhamdulillah Allah beri kesempatan diri ini utk bersama dalam program yang paling awesome ini:)
    pengisian yg cukup mantap.
    cuma nama prog elok ditukar ke malam hijrah muzikal bersesuaian dgn pengisian nye.
    teruskan perjuangan dakwah shbt PMH.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

AS MEMILIH: TRUMP VS BIDEN