NASARUDDIN SAMSUDENG AS NASA SYUKUR!!!




Sekali lagi jejaka PMH ini menggemparkan bumi UITM dengan tercalon sebagai salah seorang daripada 20 orang yang terpilih di peringkat saringan dalam program PENCARIAN DAI’, Al Kulliyyah, TV3. Anak jati Pekan, Pahang ini kini giat berusaha meningkatkan prestasi diri dari sudut ilmu demi melayakkan diri sebagai salah seorang 10 calon yang terpilih.

            Pencarian Dai merupakan sebuah program yang diterbitkan oleh Unit Kandungan Islam , Jabatan Majalah Dan Dokumentari, Primeworks Studios. Program Pencarian DAIE yang akan diselitkan dalam slot Al-Kulliyyah TV3 pada setiap jumaat jam 5 petang hingga 6 petang .

Berkonsepkan realiti TV yang akan bermula siaran pada Oktober 2012. Ia adalah Bertujuan mencari Pendakwah muda , penyertaan terbuka kepada lelaki dan wanita berusia 19 tahun hingga 26 tahun .

Nasaruddin Samsudeng yang turut dikenali sebagai Exco Penerangan dan Informasi PMH, bertugas sebagai Pengarah Skuad Penyayang, tidak menjangka bahwa sesi temuduganya telah berjaya bagi melayakkan dirinya sebagai salah seorang daripada 20 orang yang terpilih dari kalangan beratus warga mahsiswa Kampus yang hadir di ujibakat Pencarian Dai, Al Kulliyyah TV3 di masjid Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan, Uitm Shah Alam.
Senyap2 sahaja saudara kita ini ke ujibakat Pencarian Dai, hinggakan kawan2 di peringkat PMH sendiri tidak tahu bahawa beliau telah menghadirkan diri di ujibakat tersebut. Makanya merupakan satu kejutan besar bagi kami sahabat2 di PMH apabila mendapat tahu beliau telah terpilih antara 3calon Uitm Shah Alam untuk merebut 10 tempat terakhir di Program reality Pencarian Dai.

Antara calon Uitm Shah Alam lain yang telah berjaya melayakkan diri sebagi 20 calon saringan adalah Adibah Rozain iaitu MPP Kerohanian UiTM, dan juga Hadhari Haidar, pelajar Sport Management yang berasal dari Teluk Intan.

Para pembaca bolehlah like page Nasa Syukur, untuk sebarang maklumat terkini tentangPencarian Daie, dan memberi kata2 semangat buat beliau bagi untuk terus maju kehadapan, di facebook, http://www.facebook.com/GengNasaSyukur

akhir kata, Taniah sekali lagi kepada Nasaruddin Samsudeng dan calon2 lain yang terpilih. Moga Allah membantu memudahkan kerja dakwah kalian demi menyebarkan islam kepada dunia. TANIAH DAN SYABAS !!!!

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

AS MEMILIH: TRUMP VS BIDEN