Posts

SIRAH IMMERSION : JAMADILAKHIR

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 21/22] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [SIRAH IMMERSION]   10 JAMADILAKHIR 1443H | 13 JANUARI 2022 PERANG ZAT AL SALASIL Pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 8 Hijrah, Rasulullah telah mengutuskan Amru bin al-As ke kabilah Bani Qudhaah setelah menerima khabar mereka sedang membuat persiapan untuk menyerang Madinah. Bani Qudhaah turut menyeru kabilah lain dan juga tentera Rom untuk turut serta menyerang Madinah. Pasukan Amru bin al-As berjumlah 300 orang telah meminta bantuan dari Madinah kerana jumlah tentera musuh yang terlalu ramai. Pasukan tentera muslim telah dibantu oleh Abu Ubaidah al-Jarrah yang diutuskan untuk memimpin pasukan yang berjumlah 200 orang tentera.       Pesanan Baginda kepada Abu Ubaidah al-Jarrah iaitu hendaklah beliau mematuhi segala arahan dan keputusan Amru bin al-As dalam peperangan ini. Apabila masuk sahaja waktu solat Abu Ubaidah al-Jarrah maju ke hadapan untuk mengimamkan solat namun ditegur oleh Amru bin al-As dengan berkata kepad

ISU SEMASA: REFORMASI KEPIMPINAN

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 21/22] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 23 JAMADIL AWAL 1443H | 28 DECEMBER 2021 [REFORMASI KEPIMPINAN : PILIHANRAYA KAMPUS]      Seperti yang sedia maklum, pilihanraya kampus telah pun berlangsung beberapa hari yang lalu. Kita telah pun menyaksikan beberapa calon sedang sibuk mempergiatkan diri mereka dengan manifesto-menifesto yang ingin disampaikan kepada seluruh warga kampus. Selain untuk menarik perhatian terhadap warga kampus, manifesto tersebut turut dapat memberikan impak yang murni kepada warga kampus dengan pembaharuan yang boleh dilaksanakan sejajar dengan matlamat pihak universiti yang ingin menghasilkan graduan yang berfalsafah dan berbudaya cemerlang.      Proses pembuangan undi telah pun berlangsung pada 21 Disember 2021 bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 22 Disember 2021 pada jam 6.00 petang. Seperti yang sebelum ini, proses pembuangan undi masih dilakukan mengikut situasi norma baharu berikutan penularan pandemik COVID-19 y

BANJIR : APAKAH TINDAKAN ANDA?

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 21/22] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 18 JAMADIL AWAL 1443H | 23 DECEMBER 2021 BANJIR: APAKAH TINDAKAN ANDA? 22 Disember 2021: Menurut info bencana Jabatan Kebajikan Mayarakat (JKM) dalam aplikasi dalam talian, Jumlah mangsa banjir meningkat dari 61,001 orang semalam ke 68,713 setakat pukul 11.00 pagi hari ini terdiri daripada 19,063 keluarga yang kini berada di 456 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur. Sementara itu, banjir ini telah meragut nyawa rakyat Malaysia dan angka terkini mangsa disahkan lemas akibat banjir di Shah Alam meningkat kepada Sembilan orang sehingga awal pagi hari semalam. Rentetan daripada itu, bencana alam merupakan sebuah kejadian alam yang murni datangnya dari alam dan atas kehendak Tuhan, antara salah satunya adalah banjir dan ia bukanlah satu bencana alam yang boleh dipandang ringan. Musibah banjir sudah tentu me

SIRAH IMMERSION: JAMADIL AWAL

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 21/22] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [SIRAH IMMERSION]   14 JAMADIL AWAL 1443H | 14 DECEMBER 2021 PEPERANGAN ZAT AR-RIQA' Tempat : Nahl yang berada di Kawasan Tanah Orang Arab Badwi Punca: Gerakan Pengajaran yang digerakkan oleh Rasulullah terhadap kelompok Badwi kerana mereka berpakat untuk serang Rasulullah (Madinah). Siapa: Puak yang terlibat dalam peperangan ini adalah tentang Bani Ammar, Bani Sa’alabah, Bani Muharriq yang berasal dari khalifah Ghaftan telah bergabung untuk menyerang Rasulullah (Madinah) . Fakta menarik:  1.         Nama Perang Hadith Abu Musa Al Sya’ari- berkata : خَرَجْنَا مَعَ النَّبِيِّ فِي غَزْوَةٍ، وَنَحْنُ سِتَّةُ نَفَرٍ، بَيْنَنَا بَعِيرٌ نَعْتَقِبُهُ، فَنَقِبَتْ أَقْدَامُنَا وَنَقِبَتْ قَدَمَايَ وَسَقَطَتْ أَظْفَارِي، وَكُنَّا نَلُفُّ عَلَى أَرْجُلِنَا الْخِرَقَ؛ فَسُمِّيَتْ غَزْوَةَ ذَاتِ الرِّقَاعِ لِمَا كُنَّا نَعْصِبُ مِنَ الْخِرَقِ عَلَى أَرْجُلِنَا “Kami keluar bersama Nabi dalam suatu peperangan.

SIRAH IMMERSION :RABIULAKHIR

Image
  [PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 21/22] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [SIRAH IMMERSION]   18 RABIULAKHIR 1443H | 23 NOVEMBER 2021 1. PENGUSIRAN BANI NADHIR Bani Nadhir merupakan salah satu kabilah terbesar dari bangsa Yahudi yang tinggal berjiran dengan bangsa Arab (‘Aus dan Khazraj) di Madinah. Setelah kedatangan Rasulullah saw, mereka memeterai perjanjian dengan orang Islam sebagaimana yang terdapat dalam perjanjian keamanan dan kerjasama yang disebut Piagam Madinah (Mithaaq al-Madinah). Namun tabiat khianat dalam jiwa Yahudi, mendorong mereka untuk melanggar perjanjian tersebut. Seorang Yahudi, melanggar perjanjian dengan Nabi Muhammad dalam Piagam Madinah. Perjanjian tersebut menyatakan bahawa semua yang menandatangani piagam tersebut akan mempertahankan kota Madinah jika diserang oleh orang luar. Bani Nadhir sebenarnya membuat konspirasi untuk memerangi Nabi. Kesilapan kedua, mereka cuba membunuh Nabi. Nabi yang mengetahui keadaan itu kemudian memutuskan untuk menyekat atau mengus