LGBT SEMAKIN BERLELUASA

[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 21/22]

[EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI]

[ISU SEMASA]

 

3 Zulkaedah1442H | 14 Jun 2021












[LGBT: From being victim to being provocative]

 

Bersempena sambutan bulan Jun sebagai LGBT Pride Month, komuniti LGBT di seluruh dunia berkumpul dan bersorak untuk meraikan ‘kebebasan’ untuk menjadi diri sendiri. LGBT adalah akronim yang bermaksud Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender serta terdapat penambahan simbol Q dan Plus (+) yang membawa erti berbeza daripada 4 akronim asal. Simbol Q mewakili queer atau menyoal, khas untuk golongan yang merasakan istilah LGBT tidak mewakili identiti mereka manakala simbol Plus (+) pula merujuk kepada semua identiti dan orientasi jantina lain yang tidak diliputi oleh LGBTQ seperti individu aseksual, panseksual dan agender. Komuniti LGBTQ+ ini memilih bendera berunsur pelangi sebagai simbol keberanian/ketegasan mereka dalam mempertahankan pemahaman ini.

 

Sokongan ini bukan sahaja datang dari negara Barat, malah terdapat beberapa pihak di Malaysia yang turut menyatakan penerimaan mereka terhadap hubungan songsang ini. Sebuah laman Facebook Page beridentiti “Love of LGBTQ Malaysia” telah mencetuskan kontroversi apabila sebuah gambar wanita yang berniqab hitam sedang memegang sepanduk bertulis ‘Allah <3 Us All’ telah dimuat naik dalam laman Facebook tersebut. Status sebegini jelas sekali mencemarkan maruah agama Islam apabila turut melibatkan ciri pemakaian yang menyerupai wanita muslimah dan penggunaan nama Tuhan (Allah) seolah-olah perbuatan terkutuk ini dibenarkan dalam Islam. Facebook page ini juga turut memuat naik gambar sehelai baju berilustrasikan imej Kaabah yang berwarna pelangi bersama sepotong ayat yang berkata ‘Allah is Gay’.  Tidak ketinggalan juga, sebuah program pengucapan awam bertajuk “Sekolah Sebagai Tempat Yang Selamat Bagi Individu Pelbagai Orientasi Seksual” turut diadakan secara siaran langsung di platform Instagram. Program anjuran Architects of Diversity Malaysia ini mendapat tentangan yang hebat dari warga internet kerana usaha mereka untuk menormalisasikan pemahaman tidak sihat dan songsang ini dalam kalangan pelajar sekolah.

 

Menurut Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar dalam status Facebook beliau, Malaysia sedang menghadapi krisis peningkatan kes provokasi proLGBT ke atas agama dan budaya di Malaysia melalui platform media sosial. Pejuang LGBT acap kali ‘playing victim’ ketika mempertahankan pemahaman mereka dengan mengatakan mereka merupakan komuniti yang ditindas atas perbezaan pendapat seksual namun hakikatnya, tindakan mereka kini sudah mencapai tahap provokasi yang wajar dipandang serius. Sebagai buktinya, Facebook Page “ Love of LGBTQ Malaysia” yang dicipta pada April 2020 banyak memfokuskan status berunsur simpati dan penindasan di peringkat awal penubuhan tetapi pihak ini juga mula menyentuh isu agama pada pertengahan tahun 2021. Justeru, pihak SKMM seharusnya bertanggungjawab dalam mengawal penularan provokasi ini dalam media sosial kerana provokasi sebegini mensasarkan semua agama dan tidak sesuai dengan nilai budaya negara kita.

 

Umumnya, hubungan seksual yang songsang ini jelas sekali ditegah dalam Islam sebagaimana diceritakan dalam Al-Quran mengenai kaum Nabi Lut a.s. yang mendapat kemurkaan Allah dan ditimpa azab kerana menyalahi fitrah nafsu antara kaum sejenis. Malah, kebanyakan negara yang bermajoriti Muslim dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menentang tindakan untuk memajukan hak LGBT melalui perjumpaan bersama Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Pemahaman LGBT ini bukan sahaja melanggar fitrah manusia, tetapi turut menjadi faktor penyebaran pelbagai penyakit yang berbahaya seperti HIV dan Siflis. Justeru, Malaysia seharusnya berpegang teguh kepada nilai-nilai moral berlandaskan adat, budaya dan agama terutamanya agama Islam kerana pemahaman songsang ini mampu merosakkan akidah dan membuka peluang lebih banyak maksiat untuk berlaku  dalam kalangan masyarakat tempatan.

 

Sekian.

 

"AGENT OF CHANGE TOWARDS PROFESSIONAL RABBANI"

 

Disediakan oleh:

 

[ NUR AQILLAH NABIEHAH BINTI ABD GHAFAR ]

 

SEKRETARIAT,

EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI 21/22

PERSATUAN MAHASISWA HADHARI (PMH)

 

#UnitIsuSemasa

#ExcoPeneranganDanInformasi

#PersatuanMahasiswaHadhari2122

 

RUJUKAN

https://www.usatoday.com/story/news/2021/06/03/what-pride-month-means-look-history-lgbtq-celebration/7504029002/

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1927435894078527&id=248354411986692

https://ms.groinstrong.com/what-does-lgbtq-mean-5069804-3671


Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

Dr. Ayman al-Akiti