PROGRAM MENTAL HEALTH

[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 20/21]
[EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI]
[ISU SEMASA]

20 Rabiulakhir 1442H | 6 Disember 2020


[ PROGRAM MENTAL HEALTH ]

Baru-baru ini Persatuan Mahasiswa Hadhari UiTM Shah Alam telah mengadakan siaran langsung di Facebook bersama Aiman Psikologi yang berkaitan dengan tekanan belajar atas talian. Hal ini demikian kerana ramai mahasiswa terkesan akibat belajar atas talian sejak April 2020 sehingga sekarang. Banyak luahan-luahan hati mahasiswa yang seakan-akan penat dalam menghadapi Open and Distance Learning (ODL) ini.

Program Mental Health Talk yang telah dilaksanakan oleh Persatuan Mahasiswa Hadhari

ODL yang dilakukan oleh UiTM seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19, dan kaedah pembelajaran atas talian ini merupakan suatu keperluan. Namun begitu terdapat pelbagai kesan positif dan negatif sepanjang ODL ini di jalankan.


HUKUM MENUNTUT ILMU

Dalam agama Islam, menuntut ilmu merupakan ilmu yang wajib dituntut. Hal ini jelas ditunjukkan dalam sebuah hadis, maksudnya:

“Menuntut ilmu itu wajib atas setiap muslim”.

(HR. Ibnu Majah. Dinilai shahih oleh Syaikh Albani dalam Shahih wa Dha’if Sunan Ibnu Majah no. 224)

Walaupun seluruh dunia dilanda pandemik Covid-19 namun, kesemua para pelajar dan pensyarah berusaha meneruskan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pelbagai aplikasi dan web digunakan demi mendapatkan ilmu seperti Google Meet, Google Classroom, Webex, Zoom dan sebagainya. Walaupun ada sesetengah mahasiswa terpaksa memanjat bukit, membuat khemah di atas pokok namun kesemuanya diharungi untuk mendapatkan ilmu.


CARA MENANGANI STRESS ODL

Tidak dinafikan belajar atas talian telah mewujudkan pelbagai tugas selain “assignment” seperti kuiz, latihan, ujian atas talian, membuat video dan sebagainya. Malah ada segelintir mahasiswa/wi perlu menolong ibu bapa dalam menguruskan rumah dalam masa yang sama perlu membuat kerja dan masuk kelas. Hal ini menyebabkan mahasiswa menjadi tertekan kerana terbeban dengan pelbagai hal. Ketika kita dalam tekanan dan kekeliruan, berdoalah kepada Allah kerana doa adalah senjata orang mukmin, Antara doa penenang hati bagi menghilangkan stress, sedih dan gelisah ialah:

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث

(Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.)

Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.

(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Selain daripada berdoa, kita juga perlu berusaha dalam menangani stress yang kita hadapi. Terdapat beberapa tips yang boleh dilakukan oleh mahasiswa dalam menangani stress ODL iaitu:

1. Mengatur Tempat Belajar.

Cari satu tempat yang khas untuk belajar untuk mendapatka fokus dalam belajar dan mendapat ketenangan dalam membuat tugasan. Meletakkan quotes kegemaran anda sebagai sumber semangat anda.

2. Membuat Jadual Harian

Para mahasiswa perlu menyediakan jadual harian bagi mengelakkan pertembungan dalam membuat tugasan. Dengan adanya jadual harian, ia boleh menggelakkan kerja ‘last minit’ dan bertindih sekaligus dapat mengelakkan stress.

3. Belajar untuk bertenang

i.                    Mendengar zikir yang disukai

ii.                  Membuat diari atau jurnal peribadi.

iii.                Mengawal pernafasan

4. 'Me-Time'

Me-time sangat penting bagi diri sendiri bagi memberi ruang untuk diri menenangkan diri daripada segala tugasan. Dalam Me-time anda boleh membuat perkara yang anda suka seperti bermain ‘game’, memasak’ ataupun membeli belah.

Oleh itu, kita sebagai mahasiswa yang mengadapai ODL dalam pandemic Covid-19, perlu mencari inisiatif dalam menangani stress. Terdapat pelbagai platform yang boleh digunakan dalam menangani stress seperti meluahkan pada rakan ataupun telefon Befrienders sekiranya anda memerlukan seseorang mendengarkan luahan hati anda. Sesungguhnya, Allah Bersama kita.


"MEMBINA GENERASI BERILMU & BERAKHLAK MULIA"


Disediakan oleh:

[SITI NUR AISYAH BINTI AZMI]

SEKRETARIAT,

EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI 20/21,
PERSATUAN MAHASISWA HADHARI (PMH)

#PMHUiTMSA
#PMHBukanUntukOrangBaik2TapiUntukOrangYangNakJadiLebihBaik
#UnitIsuSemasa
#EPI


Rujukan:

https://www.waldenu.edu/programs/resource/nine-stress-management-tips-for-successful-online-learning

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-pembelajaran-atas-talian-suatu-keperluan-ke-arah-menuju-malaysia-maju-237496

https://kumparan.com/berita-hari-ini/hukum-menuntut-ilmu-menurut-pandangan-islam-1u1zeSK4R5Z/full

https://www.infopelajar2u.com/tips-menghadapi-masalah-stress/

https://siraplimau.com/doa-penenang-hati-hilangkan-stres/


Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

Dr. Ayman al-Akiti