MAHASISWA, AMBISI DAN AGAMA
Alhamdulillah, terima kasih buat pembaca-pembaca yang meluangkan masa untuk melawat laman sosial kami dan membaca perkongsian-perkongsian ilmiah yang kami sajikan buat para pembaca. Mahasiswa selalu dikaitkan dengan aset negara dan membawa harapan kemajuan negara, mengapakah dianggap sedemikian? Hal ini demikian kerana mahasiswa merupakan juzu’(bahagian) daripada golongan intelektual. Intelektual ialah pemikir tentang sesuatu gagasan dan berupaya mencari penyelesaiannya. Selain itu, mereka juga merupakan pendukung atau penentang sesuatu ideologi budaya dan pembawaan masyarakat, serta melihat perkara dalam perspektif yang berbeza. Mahasiswa pula bermaksud penuntut (pelajar) di universiti. Namun jika diteliti secara harfiah, sebenarnya perkataan mahasiswa terdiri daripada dua suku kata. 'Maha' yang membawa maksud besar dan berkuasa, dan 'siswa' yang merujuk kepada sekelompok pelajar atau penuntut di institusi pengajian tinggi. Mahasiswa merupakan golongan ya...