Antara MH17, Gaza dan Lailatul Qadar
Assalamualaikum.
pause sebentar. tarik nafas.
Gaza. bukan isu baru. bukan isu umat Islam. tapi ini isu dunia. Gaza ini isu semua manusia yang mempunyai hati nurani. siapa yang tidak ambil endah tentang isu Gaza ini, mungkin boleh dibawa ke hospital untuk di-check sama ada masih punya hati atau tidak.kalau dah pasti tak punya hati, takziah saya ucapkan.Saat entri ini ditulis, entah sudah berapa ratus rakyat Gaza yang sudah syahid. moga syurga milik mereka. dan entah berapa pula yang cedera menahan kesakitan, menahan amarah apabila dengan sewenang-wenangnya Israel menginjak tanpa segan dan dengan selamba merampas tanah Palestin dari mereka. Tak tahu malu sungguh regim Zionis Yahudi Israel itu. Oh, suka saya mahu ingatkan di sini, adalah berbeza Yahudi Zionis dengan Yahudi Ortodok. Dan suka saya tegaskan di sini, kita membenci Israel bukan kerana mereka bangsa Yahudi tetapi kerana atas segala kejijikan dan kelancangan perbuatan mereka pada Palestin,pada Gaza. Mereka dengan selamba badak jantannya menidakkan dan menafikan hak-hak rakyat Palestin. Pada waktu ini, superhero umat Islam, Bridged al-Qassam sedang berjuang berjuang berjuang sehingga tentera Israel menjadi dedaun hancur. moga kita menang. ho yeay! aamin.
okay. tarik nafas . hembus. tarik nafas. hembus. tarik tarik tarik nafas. hembus hembus hembus. oke.ohsem. Ayuh, teruskan membaca.
Malam 10 terakhir Ramadhan sudah tiba. di mana, Lailatul Qadar menjadi pujaan manosea-manosea (baca:manusia-manusia) yang tamakkan ganjaran pahala. takpa tau tamakkan ganjaran pahala, tak dosa.walaah! sudah ada yang kunci jam setiap satu jam, pasai takut tak bangun qiam. SYABAS! sudah mula yang mengeluarkan momentum-momentum hebat untuk meraih malam lailatul Qadar yang lebih baik daripada 1000 bulan. wow! eksaitednyaaa sayaaa. anda?
oke. tek'e'nep (baca:take a nap wahahaha)
kita teruskan pembacaan, in shaa Allah, point yang ingin saya tegaskan.
MH17,Gaza dan lailatul Qadar. ketiga-tiga ini yang boleh saya katakan sebagai current issues, sangat memberi impak pada kehidupan kita. saya percaya, sahabat-sahabat turut merasakannya. mengulas isu MH17, adalah tidak adil sekiranya kita menyalahkan MAS dan Perdana Menteri kita, Dato'Seri Najib atas isu ini. Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita bersatu hati dalam menerima dan menangani isu ini. dan sebagai umat Islam yang memegang kepada rukun Iman, di mana salah satunya adalah Beriman kepada Qada' dan Qadar. Jadi, kita seharusnya menerima segala ketentuan Allah, Tuhan yang Mencipta langit dan bumi, dan tiada sekutu bagiNya dengan redha, dengan penuh keimanan, dengan penuh pengharapan.
Memetik kata-kata Presiden PMH sendiri, Wan Aslam Zakaria, "Sabarlah, segala ujian itu meningkatkan darjat kita disisi Allah. Dan yakinlah, ujian ini adalah satu lontaran Kasih sayang Allah terhadap hamba-hambanya yang terpilih."
mungkin juga kerana dosa kita yang menggunung. Sahabat, isu MH17,Gaza membuka mata kita selebar-lebarnya sampai boleh terkeluar biji mata rasanya. Ini, merupakan peringatan dari Allah, atas betapa lekanya kita, betapa lalainya kita, betapa lenanya kita selama ini. Apakah peringatan ini tidak mampu menyedarkan kita?
Dan apa pula bantuan kita untuk Gaza?Doa?Ya, memang doa itu senjata orang Muslim. tetapi kalau kita masih melanggar perintah Allah, tidak menutup aurat, solat pun aduhaaai berlubang-lubang,solat di akhir waktu, bagaimana kiranya doa kita mahu diterima?
Sahabat yang ohsem ohsem ganteng ganteng dan keren keren semuanya.
tentang lailtulQadar pula, ada yang pernah mengatakan pada saya, "entah-entah bangun pepagi, bukan hang pun dapat jumpa lailatulQadar,orang jahat yang jumpa." hela nafas. Baiklah sahabat-sahabat, menjawab pernyataan ini, suka saya teriakkan (dengan lembut ohoho) bahawa kita disarankan,kita digalakkan untuk MENCARI malam lailatulQadar,pada 10 malam terakhir ramdahan, dan bukan menunggu sambil tengok filem filem obesi (baca:oversea). bukan. dan tidaklah Allah melihat hasil, bahkan usaha kita untuk bangun pagi semata-mata untuk beribadat padaNya. Pahala inshaa Allah macam hujan turun dengan lebat. dan bukan kita nak tengok pokok sujud ke pe ke, bahkan kita cuma mahu kemuliaan dan ganjaran malam tersebut. Sekiranya ada orang yang dikatakan 'jahat' berjumpa malam kemuliaan ini, sungguh, tidaklah orang itu jahat melainkan Allah ingin membawa beliau kepada kebenaran. Bahkan saya percaya, sejahat mana pun seseorang,pasti ada sekelumit kebaikan di hatinya yang boleh dipimpin pada kebenaran, melainkan regim zionis dan sekutunya, tu hampeh habis.
haaaaah.
Suka saya bila melihat ramai yang cakna akan isu MH17 dan Gaza. suka. ramai yang kirim doa. tetapi mungkinkah kemenangan Islam tertangguh dan keselamatan Malaysia bagaikan terganggu kerana doa kita terhijab atas dosa-dosa?Nauzubillah. Masih ramai antara kita yang terleka. yang sibuk dengan dunia.
tetapi, tidak saya menyalahkan mereka.tidak saya menuding jari pada yang masih gagal mentaati perintah Allah dengan sempurna. Apa yang ingin saya ketengahkan adalah, mereka yang mengaku pendakwah,yang mengaku mentaati Allah dengan sepenuhnya. *tengok cermin uhukhukhuk.
Sahabat, apa mungkin kita yang mengaku pendakwah ini tidak memaksimakan usaha dakwah kita, sehinggakan masih ada abang kakak hadek makcek pakcek mak ayah kita yang terus hidup dalam keterlekaan dan kechentaan pada dunia yang tiada tolok bandingnya?apa kah kerana ini salah kita? Wahai ! hina nya diri!
Kita tenggelam dalam ibadah nafsi nafsi (sendiri-sendiri) sampaikan geng-geng syurga di sekeliling kita hanyut.Wahai!kegilaan apakah ini? *nangis bucu katil
Jadi, saya menyeru sahabat-sahabat dan diri saya sendiri, kepada mereka yang masih mempunyai simpati pada Gaza, maka bersegeralah bertaubat kerana iman anda sedang menggelupur minta diselamatkan.
Kepada mereka yang bersungguh-sungguh meminjamkan doa untuk MH17, tetapi masih lagi tidak menutup aurat, tidak menunaikan solat dengan taat, maka segeralah berubah segeralah berhijrah. ada yang sedang menunggu hijrah anda.
Dan kepada para sahabat yang mengaku da'ie,pergiatkan lagi usaha kita dalam menyebarkan dakwah di muka bumi ini. pergiatkan lagi usaha kita dalam memakmurkan bumi ini dengan Islam. Jangan kerana kita, para du'at, yang mengaku pendakwah, yang kononnya membawa Islam ke london ke korea, kemenangan Islam tertangguh.ayuh, pergiatkan lagi usaha kita. *tengok cermin moga Allah terima amalan kita.
dan akhir kata, sungguh, yang Paling Penyayang di antara yang paling paling paling paling paling penyayang adalah Allah Ta'ala. maka, bertasbihlah kepadanya dan bertaubatlah, sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat.
maaf sekiranya ada yang terkasar bahasa.
teruskan berdoa untuk Malaysia, untuk Gaza, utuk lailatul Qadar dan untuk ummah.
PMH memperkasa akhlak mahasiswa.
PMH peduli
anda?
Assalam.
Exco Penerangan dan Informasi
Persatuan Mahasiswa Hadhari
2014/2015
Comments
Post a Comment