PMH DI PUNCAK BROGA

"Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Al-Ankaabut : 20)
Alhamdulillah ala kulli hal wa ni'mah;
Pada 07 Jun 2014 bersamaan 9 Syaaban 1435 Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) telah berjaya menganjurkan satu aktiviti Pendakian Ke Puncak Impian iaitu Puncak Broga di Semenyih. Objektif utama aktiviti ini dijalankan untuk merapatkan lagi ukhwah antara Saff Kepimpinan PMH bersama ahli-ahli PMH.


Selain itu, perjalanan ini juga untuk melihat dan menerbitkan rasa kekaguman di atas penciptaan Illahi dan kekuasaan Allah azza wa jalla dalam mencipta alam semesta ini. Allah telah membentangkan hamparan bumi yang begitu indah untuk kita mengambil ibrah dari setiap penciptanNya. Dan salah satu sebab kenapa Allah menciptakan bumi ini adalah kerana Allah inginkan hambaNya untuk mengungkap rahsia-rahsia di sebalik penciptaan Bumi ini dan supaya manusia sedar akan kekuasaan Allah sebagai tuhan semesta alam. Allah berfirman dalam Surah Yunus ayat 101 :

"Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi. Tidaklah bermanfa`at tanda kekuasaan Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang-orang yang tidak beriman".


Kami di Saff Kepimpinan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan sahabat-sahabat yang menyertai aktiviti ini dan memberi komitmen yang baik sepanjang aktiviti di jalankan. Semoga ukhwah yang terjalin dapat diteruskan dan teruskan penyokong aktiviti islam di kampus ini. Jazakallahu khairan :)

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

AS MEMILIH: TRUMP VS BIDEN