KEKASIH AKU !!!
Kali ni aku nak
kongsikan tentang KEKASIH aku? (aku taip huruf besar tu
sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA!) Penyayang sifatnya. Betul ni.. tak
tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa
aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Pasti akan datang bantuan. Bila aku
susah hati, boleh terus ngadu kat DIA -> direct! Pergghh !!
Yang bestnya tu,
bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For
surelah...KEKASIH, kan?! Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam
ni... tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact
DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni!
Ye la, cinta punya pasal, kan?
DIA tak kisah pun
kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat & contact
je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah, material ke...
spiritual ke... emm memang kekasih sejatilah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca
je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi
contoh lagi nak suruh aku faham.
Sebelum ni, aku
pernah gak frust. Memang sedih giler la masa tu. Ye la, cinta
bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje. Tapi
KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi
semangat lagi. DIA takde jeles pun.
Cuma aku je yang
jeles dengan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta dekat DIA. So,
aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih ~what
you give, you get back~
So, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat
lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat.
Perfect! Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah
malam... pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure
akan contact DIA. Rindu aaaa! Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya... millionaire...
billionaire...dan entah apa-apa naire lagi... tu yang pemurah sangat tu. Semua
keperluan hidup aku, DIA yang support... percaya tak?
Free of charge... tapi aku tak sedap hati la... mestilah
kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka
ke tak suka, amik aje la.. .pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat
aku sanggup berkorban apa sahaja... cheewah!
DIA suruh aku
belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni
memang cerdik+bijak+genius dan lain-lain...DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal
yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin
belajar.
Malu la sebenarnya
nak cakap ni...
Emm... aku
sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la... tapi KEKASIH
aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la
aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal-awal.
Daripada
surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak
suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, jadi, DIA tambah-tambah sayang
la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa
yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!
Ish! Rindu sangat
dah ni!
Kekasih..
Aku berjanji, aku akan pertahankan cinta suci ini..
Walau nyawa digalang ganti, menggadaikan cinta teragung ini..
Tidak sama sekali..
Walaupun tak pernah berjumpa, aku tetap bahagia..
Itulah kekasihku.. Allah SWT.. cinta teragungku!
Walau nyawa digalang ganti, menggadaikan cinta teragung ini..
Tidak sama sekali..
Walaupun tak pernah berjumpa, aku tetap bahagia..
Itulah kekasihku.. Allah SWT.. cinta teragungku!
Comments
Post a Comment