FRONTLINER: TETAP UTUH WALAU DIBADAI KEDEGILAN MASYARAKAT
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 20/21] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA COVID-19] 18 Syaaban 1441H | 12 April 2020 [ FRONTLINER: TETAP UTUH WALAU DIBADAI KEDEGILAN MASYARAKAT ] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi dilanjutkan berikutan pengumuman daripada Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin pada 10 April yang lalu. Tarikh lanjutan PKP akan bersambung dari 15 April sehingga 28 April oleh kerana kes masih meningkat hari demi hari. Seperti biasa, dalam waktu rakyat Malaysia berkurung, para petugas barisan hadapan iaitu staf-staf pusat kesihatan, polis dan lain-lain tetap meneruskan perjuangan mereka dalam mengawal penularan wabak COVID-19. Usaha para petugas barisan hadapan dalam menangani wabak pandemik ini sentiasa mendapat perhatian masyarakat awam. Mereka sanggup merisikokan diri dan meninggalkan keluarga untuk melaksanakan tugas masing-masing sepanjang perintah kawalan pergerakan. Tersebar di media sosial, gamba