Posts

Showing posts from September, 2019

TANGISAN UIGHUR DISEBALIK TEMBOK BESAR CHINA : PENGEKSPLOITASIAN ORGAN

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 01 Safar 1441H | 30 September 2019 [TANGISAN UIGHUR DISEBALIK TEMBOK BESAR CHINA : PENGEKSPLOITASIAN ORGAN] مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ، وَتَعَاطُفِهِمْ، وَتَرَاحُمِهِمْ، مَثَلُ الْجَسَدِ، إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى “Perumpamaan orang mukmin dalam sikap saling mencintai, mengasihi dan menyayangi, seumpama seluruh tubuh, jika satu anggota tubuh sakit, maka anggota tubuh yang lain akan susah tidur atau merasakan demam.” [HR. Muslim] Siapa sangka, dalam arus modernisasi dan penaklukan teknologi yang dikecapi oleh China, mereka menyimpan sisi gelap penindasan etnik Uighur yang beragama Islam, yang amat mengejutkan seluruh masyarakat dunia. Cangkaliwang yang disorok dari pengetahuan semua pihak ini, mengundang kemarahan penduduk dunia, namun tidak sedikit pun menggentarkan negara kuasa veto tersebut meskipun menerima tamparan hebat d

RUSUHAN DI MESIR TERHADAP FATTAH AL-SISI KINI KEMBALI

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 29 Muharram 1441H | 29 September 2019 [RUSUHAN DI MESIR TERHADAP FATTAH AL-SISI KINI KEMBALI] Ramai bermain ditaman larangan, Rumput kering nampaklah tanah, Berkuasa Al-Sisi diikuti rusuhan, Pergolakan sentiasa  agenda di sembunyikan . الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا ۜ قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا Sejak runtuhnya Institusi Khilafah yang dijunjung tinggi kerajaan Turki uthmaniah, pelbagai fitnah timbul menghempap ummah. Pelbagai taktik kotor yang digunakan sesuatu pihak bagi merebut kuasa demi kepentingan sendiri dan mengabaikan kebajikan ummah. Begitulah fitnah kepimpinan yang dihadapi ummah kini khususnya di Mesir. Syahidnya presiden Morsi merupakan penanda aras bagi kekuasaan sepenuhnya oleh rejim baharu Presiden F

JEREBU BERULANG, SIAPAKAH DALANG?

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA]  23 MUHARRAM 1441H | 23 SEPTEMBER 2019 [JEREBU BERULANG, SIAPAKAH DALANG?] Serpihan tualang, tepian lalang Dipijak kelasi, tiada dibantu Jerebu berulang, sungguhlah malang Tiada solusi, rakyatnya buntu Seperti yang diketahui umum, isu jerebu merupakan isu yang menjadi bualan hangat si watan di seantero dunia. Ramai  yang telah membuat spekulasi tentang pihak manakah yang wajar bertanggungjawab terhadap isu jerebu ini sehingga mewujudkan perbalahan serius antara masyarakat majmuk di pelbagai negara seperti Malaysia, Indonesia dan Singapura. Perbalahan yang tercetus ini dilihat semakin membuak buak dengan perang kicauan (Tweets)  antara pengguna laman sosial Twitter yang berasal daripada negara-negara tersebut. Perbalahan yang tercetus ini dilihat tiada titik noktah. Jika kita fikir secara dimensional dan rasional, setiap permasalahan ada penyelesainnya, justeru dalam isu ini, penyelasaian