FASAL 2: NIAT SEWAKTU BELAJAR
HURAIAN RINGKAS BERKENAAN DENGAN KITAB TA’ALIM MUTAALIM FI TARIQI TA’LUM (BAGI MEMBAHASKAN ADAB - ADAB SEORANG PENUNTUT ILMU) KARANGAN SYEIKH BURHANUL ISLAM AZ ZARNUJI SUMBER: USTAZ NAZRUL NASIR AL AZHARY DISUSUN SEMULA OLEH: EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI PERSATUAN MAHASISWA HADHARI SESI 18/19 SIRI 3 FASAL 2: NIAT SEWAKTU BELAJAR Setiap pelajar ilmu perlulah memiliki niat sewaktu dalam tempoh belajar. Ini kerana niat merupakan asas kepada semua perkara berdasarkan dalil sabda Nabi S.A.W ” إنما الاعمال بالنيات ” Ertinya: Setiap amalan itu hanyalah diukur berdasarkan niat, juga diriwayatkan daripada baginda S.A.W كم من عمل يتصور بصرة عمل الديا, ثميصير ، بحسن النية من أعمال الاخرة ، وكم من عمل يتصور عمل الاخرة ثم يصير من أعمل الدينا بسؤ النية Ertinya: Berapa banyak amalan yang menyerupai amalan dunia dan dengan niat yang baik, ia menjadi amal akhirat. Sebaliknya, berapa banyak amalan yang menyerupai amal