SIRAH IMMERSION :RABIULAKHIR
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 21/22] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [SIRAH IMMERSION] 18 RABIULAKHIR 1443H | 23 NOVEMBER 2021 1. PENGUSIRAN BANI NADHIR Bani Nadhir merupakan salah satu kabilah terbesar dari bangsa Yahudi yang tinggal berjiran dengan bangsa Arab (‘Aus dan Khazraj) di Madinah. Setelah kedatangan Rasulullah saw, mereka memeterai perjanjian dengan orang Islam sebagaimana yang terdapat dalam perjanjian keamanan dan kerjasama yang disebut Piagam Madinah (Mithaaq al-Madinah). Namun tabiat khianat dalam jiwa Yahudi, mendorong mereka untuk melanggar perjanjian tersebut. Seorang Yahudi, melanggar perjanjian dengan Nabi Muhammad dalam Piagam Madinah. Perjanjian tersebut menyatakan bahawa semua yang menandatangani piagam tersebut akan mempertahankan kota Madinah jika diserang oleh orang luar. Bani Nadhir sebenarnya membuat konspirasi untuk memerangi Nabi. Kesilapan kedua, mereka cuba membunuh Nabi. Nabi yang mengetahui keadaan itu kemudian memutuskan untuk menyekat atau mengus