Posts

Showing posts from 2022

SIRAH IMMERSION : JAMADILAKHIR

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 21/22] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [SIRAH IMMERSION]   10 JAMADILAKHIR 1443H | 13 JANUARI 2022 PERANG ZAT AL SALASIL Pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 8 Hijrah, Rasulullah telah mengutuskan Amru bin al-As ke kabilah Bani Qudhaah setelah menerima khabar mereka sedang membuat persiapan untuk menyerang Madinah. Bani Qudhaah turut menyeru kabilah lain dan juga tentera Rom untuk turut serta menyerang Madinah. Pasukan Amru bin al-As berjumlah 300 orang telah meminta bantuan dari Madinah kerana jumlah tentera musuh yang terlalu ramai. Pasukan tentera muslim telah dibantu oleh Abu Ubaidah al-Jarrah yang diutuskan untuk memimpin pasukan yang berjumlah 200 orang tentera.       Pesanan Baginda kepada Abu Ubaidah al-Jarrah iaitu hendaklah beliau mematuhi segala arahan dan keputusan Amru bin al-As dalam peperangan ini. Apabila masuk sahaja waktu solat Abu Ubaidah al-Jarrah maju ke hadapan untuk mengimamkan solat namun ditegur oleh Amru bin al-As dengan berkata kepad