ASAL-USUL BUBUR ASYURA' MASYARAKAT MELAYU
Bubur Asyura Kelantan Rujukan: Ustaz Alyasak Berhan Salah satu tradisi yang diadakan di kampung-kampung setiap kali menjelang bulan Muharram adalah membuat bubur Asyura'. Adapun mengenai tradisi ini, disebut di dalam kitab Risalah al-Musalsal al-Amiriyyah yang dicetak bersama-sama syarahannya; “Begitu juga apa yang dilakukan oleh sebahagian daripada orang memasak bubur (pada hari Asyura') adalah merupakan suatu perkara bidaah. Asal-usulnya adalah bersandarkan kepada apa yang berlaku kepada Nabi Nuh alaihissalam tatkala baginda keluar dari kapal pada hari Asyura’. Orang-orang yang bersama baginda telah mengadu kelaparan. Lalu dikumpulkan saki baki bekalan mereka yang terdiri daripada pelbagai bijiran-bijiran seperti beras, kacang dal dan sebagainya. Setelah itu mereka pun memasak biji-bijiran tersebut di dalam periuk lalu mereka pun makan sehingga ia menyenyangkan mereka. Oleh itu, ia adalah merupakan makanan yang pertama dimasak di atas muka bumi selepas berla