::Tips Qiamulail::
Assalamualaikum,,,
Di sini saya ingin berkongsi dengan anda sedikit tips yang anda boleh lakukan ketika Qiamullail :
- Bangun pagi, sapu muka dan berdoa.
- Bersugi.
- Antara solat sunat yang boleh dikerjakanseperti solat sunat tahajud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, solat sunat hajat, dan ditutup dengan solat sunat witir.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Solat yang paling baik dikerjakan selepas solat fardu ialah solat sunat tahajud pada waktu malam." (Riwayat Muslim)
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakan sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Allah membangkit dan menempatkan kamu di tempat terpuji pada hari akhirat kelak."
(Surah al-Isra' 17:79)
- Memperbanyakkan istighfar dan berdoa kerana antara waktu yang mustajab berdoa.
- Sederhanakan suara ketika membaca bacaan dalam solat dan berdoa.
- Merintih dan menangis di hadapan Allah.
- Sementara menunggu waktu Subuh, bolehlah diisi dengan mambaca al-Quran dan berzikir.
- Amalan tidak semestinya perlu banyak, yang penting istiqamah.
Harap anda dapat mengamalkan tips-tips yang telah diberi seperti di atas. Semoga kita dapat melakukan Qiamullail dengan lebih kerap dan khusyuk..
Comments
Post a Comment