Srikandi terbilang, Muslimah gemilang Aisya Humaira Namanya menjadi sebutan, peribadinya menjadi ikutan. Kecerdasannya tiada gandingan, kecantikannya sentiasa menjadi bayangan. Beliau seorang yang lincah, kebijaksanaannya tidak dapat disangkal. berjuang dalam pertualangan menegakkan aqidah, di sisi peribadi terunggul ummah, Rasulullah s.a.w. Saiditina Siti Aisyah merupakan isteri kepada pemimpin ummah terungul, iaitu Nabi Muhammad s.a.w dan juga beliau merupakan anak kepada sahabat baik Nabi iaitu Abu Bakar as-sSiddiq r.a. Susur galurnya sahaja sudah cukup memperlihat betapa hebatnya beliau. Aisyah mendapat gelaran Humaira kerana kulitnya yang putih kemerah-merahan. Sedari kecil, beliau merupakan anak gadis yang sangat cerdas. keletahnya menghiburkan, bicaranya menyenangkan. Saiditina Aisyah juga digelar Umul Mukminin, Ibu kepada kaum muslimin. disebabkan kecerdasannya itu, beliau senantiasa menjadi tempat rujukan bagi orang Islam satu masa dahulu dari k...
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 21/22] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] 20 Zulkaedah 1442H | 1 Julai 2021 [ PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM ] Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerana penularan pandemik COVID-19 ini, timbul pelbagai isu kekeluargaan seperti perselisihan faham antara ibu bapa dan anak atau kegagalan seorang ibu bapa menjaga anak seperti pengabaian tanggungjawab, isu hawa nafsu songsang dan sebagainya dalam komuniti masyarakat Islam. Pelbagai pihak termasuk pihak liberal dan anti-Islam turut berbalah menuding jari siapakah yang patut dipersalahkan. Institusi badan agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Lembaga Zakat Negeri turut menerima tempias dan seringkali di tag oleh warga maya untuk tampil memberi penjelasan dan menjalankan tanggungjawab sewajarnya. Permasalahan-permasalahan seperti ini wujud kerana masyarakat Islam tidak dinafikan kurangnya memahami tanggungjawab masing-masing se...
Bubur Asyura Kelantan Rujukan: Ustaz Alyasak Berhan Salah satu tradisi yang diadakan di kampung-kampung setiap kali menjelang bulan Muharram adalah membuat bubur Asyura'. Adapun mengenai tradisi ini, disebut di dalam kitab Risalah al-Musalsal al-Amiriyyah yang dicetak bersama-sama syarahannya; “Begitu juga apa yang dilakukan oleh sebahagian daripada orang memasak bubur (pada hari Asyura') adalah merupakan suatu perkara bidaah. Asal-usulnya adalah bersandarkan kepada apa yang berlaku kepada Nabi Nuh alaihissalam tatkala baginda keluar dari kapal pada hari Asyura’. Orang-orang yang bersama baginda telah mengadu kelaparan. Lalu dikumpulkan saki baki bekalan mereka yang terdiri daripada pelbagai bijiran-bijiran seperti beras, kacang dal dan sebagainya. Setelah itu mereka pun memasak biji-bijiran tersebut di dalam periuk lalu mereka pun makan sehingga ia menyenyangkan mereka. Oleh itu, ia adalah merupakan makanan yang pertama dimasak di atas muka bumi selepas berla...
Comments
Post a Comment