Posts

ISU SEMASA : HENTIKAN BULI

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 21/22] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA]   4 RABIULAKHIR 1443H | 9 NOVEMBER 2021 [ BULI: KESAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN] Kes kematian Zulfarhan: 90 tekapan seterika wap sebabkan kematian, tetapi bukan niat membunuh - Hakim (Sumber: Astro Awani) Pada minggu lepas, Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selepas didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat terhadap Pegawai Kadet Laut universiti itu, Zulfarhan Osman Zulkarnain, empat tahun lalu. Perkara ini, telah membuka mata seluruh rakyat tentang bahaya budaya membuli. Namun hakikatnya, budaya membuli ini masih berleluasa dalam kalangan remaja di malaysia. Sebagaimana yang kita maklum, b uli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Buli melibatkan serangan fizikal dan ancaman, mencuri dan peras ugut . Manakala pend...

ISU SEMASA: NORMALISASI LAWAK DAN JENAKA BERUNSUR LUCAH MENJADI KEBIMBANGAN RAMAI

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 21/22] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA]   21 Rabiulawal 1443H | 28 OKTOBER 2021 “Aku bergurau sahaja, orang ramai marah tak bertempat” “Eh, otak korang terlalu tulus sangat sampai berlawak pun tak boleh” “Ini hanya lawak atau gurauan, janganlah pusing cerita!” “Kami tidak akan berdiam diri jika kritikan itu berlebihan” “Perempuan terlalu sensitif ,payahlah kalau masih matang” “Cikgu cuma berlawak atau cuba analogi sahaja. Mengapa si dia nak terasa”   Pada era teknologi ini, setiap insan berusaha melahirkan pandangan serta permikiran hati dan jiwa melalui media massa. Jika timbul sebarang isu baik buruk, masyarakat akan mudah berkongsi serta menerima informasi .Semenjak dua tahun ini telah sudah menjadi perbualan hangat mengenai isu gurauan atau lawak berbaur unsur seksual dalam kalangan masyarakat kita. Daripada peringkat institusi pengajian bahkan hiburan saluran TV serta media sosial seperti Twitter dan Instagr...

PENGERTIAN HARI TASYRIK

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 21/22] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [TRIVIA]   11 Zulhijjah 1442H | 21 Julai 2021   [PENGERTIAN HARI TASYRIK] Dari penerangan Ustaz Rusydi Ramli Al-Jauhari, kalimah tasyriq itu sendiri berasal dari perkatan “syarqu” membawa dua maksud iaitu bercahaya dan cahaya matahari. Pertama, apa yang dikatakan dengan “bercahaya”. Ia dimaksudkan dengan hari yang bercahaya. Kebiasaannya pada tanggal 11, 12, 13, Zulhijjah ini dalam kalender Islam penampakan bulan hampir penuh. Jadi dengan cahaya bulan tersebut ia memudahkan urusan Mabit di Mina. Justeru dengan cahaya bulan pada waktu malam dan disambung cahaya matahari pada waktu siangnya ia dikenali sebagai hari yang bercahaya. (Al-Jauhari, 2019) Seterusnya, maksud kedua pula adalah cahaya matahari. Apabila jemaah Haji selesai menjalankan urusan ibadah qurban, mereka akan menghiris daging qurban tersebut secara nipis untuk dijadikan daging salai. Ia dilakukan sedemikian kerana berlaku lambakan...

AIDIL ADHA: MENYELAMI ERTI PENGORBANAN

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 21/22] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [TRIVIA]   9 Zulhijjah 1442H | 19 Julai 2021   [Aidil Adha: Iktibar Pengorbanan Agung] Rasulullah SAW telah bersabda, فَ إِنَّ اللَّه قََدْ أَبْدَلَكُمْ يَوْمَيْنِ خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ النَّحْرِ Maksudnya : ''Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.'' Riwayat Imam Ahmad (12362) Allah telah menggantikan kepada umat-Nya dua hari untuk berseronok kosong dan lalai pada hari itu dengan hari untuk kita bersyukur, memohon keampunan dan kemaafan antara satu sama lain. Hari Raya Korban atau Hari Raya aidiladha jatuh pada 10 Zulhijjah setiap tahun. Tarikh 10 Zulhijjah ini merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam. Pada tarikh ini, banyak sejarah yang telah berlaku. Antaranya, Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Ara...

HARI ARAFAH

Image
  [PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 21/22] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [TRIVIA]   9 Zulhijjah 1442H | 19 Julai 2021   [ HARI ARAFAH ] Hari Arafah merupakan satu perayaan yang jatuh pada tanggal sehari sebelum bermulanya Hari Raya Aidiladha. Hari Arafah merupakan hari di mana berlakunya pelaksanaan ibadah wukuf iaitu salah satu rukun dalam ibadah haji. Sesungguhnya, penyempurnaan haji dengan mengerjakan wukuf di padang Arafah merupakan rukun haji yang sangat agung sehingga termaktub dalam hadis. Sabda Rasulullah SAW: الْحَ جُّ عَرَفَةُّ Maksudnya: ''Haji itu berada di Arafah.'' [ Riwayat Ibnu Majah (3015), al-Nasaie (3016), Ibnu Khuzaimah (2822) di dalam Sahihnya, Imam Ahmad (18774) di dalam Musnad ] Tarikh jatuhnya Hari Arafah ini bagi pelaksanaan ibadah haji diisytiharkan oleh pihak pemerintah kerajaan Arab Saudi, iaitu tarikhnya jatuh pada tanggal 9 Zulhijjah. Bagi negara yang berlainan terbit matahari seperti Malaysia, penentuan 9 Zulhijjah ada...

PERISTIWA SREBRENICA MASSACRE

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 21/22] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [TRIVIA]   28 Zulkaedah 1442H | 9 Julai 2021   [ PERISTIWA SREBRENICA MASSACRE] Pada setiap tanggal 9 Julai, ribuan rakyat Bosnia Herzegovina akan berhimpun bagi memperingati peristiwa berdarah pembunuhan kejam beramai-ramai umat Islam yang di kenali sebagai “Srebrenica Massacre“ oleh tentera Serbia yang di adakan di bandar Srebrenica, Bosnia Herzegovina. Di samping rakyat Bosnia Herzegovina dan pemimpinnya, yang sentiasa hadir di perhimpunan tersebut ialah Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. Peristiwa yang berlaku pada Julai 1995 menjadi titik hitam kepada umat Islam Bosnia apabila tentera Serbia mengepung bandar Srebrenica dan melakukan pembunuhan kejam beramai-beramai tanpa rasa belas kasihan dan ihsan. Tidak kurang daripada 8,000 umat Islam Bosnia yang dibunuh dengan kejam yang mana kebanyakannya adalah dari kalangan lelaki dewasa dan remaja. Setelah dibunuh, mereka ditanam beramai-ramai dala...