Posts

PMH STAND WITH DR ZAKIR NAIK

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA]  21 Zulhijjah 1440H | 22 Ogos 2019 [ PMH STAND WITH DR ZAKIR NAIK] Malaysia sekarang sedang hangat berkenaan dengan isu Dr Zakir Naik  yang dihalau ke negara asalnya iaitu India. Dr Zakir Naik merupakan seorang penceramah bebas India yang terkenal dengan kepakarannya berkaitan perbandingan agama. Ceramah beliau sentiasa dipenuhi dengan lautan manusia dari pelbagai sudut samada dalam kalangan orang Islam sendiri atau sesiapa sahaja yang ingin mencari penjelasan berkenaan ajaran Islam. Dengan izin Allah ceramahnya telah berjaya mengislamkan ramai orang, salah seorangnya adalah Senkiran Dharma yang merupakan penuntut UTeM(Universiti Teknikal Malaysia Melaka). Berkenaan dengan tindakan untuk menghalau Dr Zakir Naik dari Malaysia telah menarik perhatian ramai pihak terutamanya pihak agamawan. Salah seorang yang telah memberi komentar berkenaan isu ini adalah Ustaz Ebit Lew yang juga mer...

ASAL-USUL BUBUR ASYURA' MASYARAKAT MELAYU

Image
Bubur Asyura Kelantan Rujukan: Ustaz Alyasak Berhan Salah satu tradisi yang diadakan di kampung-kampung setiap kali menjelang bulan Muharram adalah membuat bubur Asyura'. Adapun mengenai tradisi ini, disebut di dalam kitab Risalah al-Musalsal al-Amiriyyah yang dicetak bersama-sama syarahannya; “Begitu juga apa yang dilakukan oleh sebahagian daripada orang memasak bubur (pada hari Asyura') adalah merupakan suatu perkara bidaah. Asal-usulnya adalah bersandarkan kepada apa yang berlaku kepada Nabi Nuh alaihissalam tatkala baginda keluar dari kapal pada hari Asyura’. Orang-orang yang bersama baginda telah mengadu kelaparan. Lalu dikumpulkan saki baki bekalan mereka yang terdiri daripada pelbagai bijiran-bijiran seperti beras, kacang dal dan sebagainya. Setelah itu mereka pun memasak biji-bijiran tersebut di dalam periuk lalu mereka pun makan sehingga ia menyenyangkan mereka. Oleh itu, ia adalah merupakan makanan yang pertama dimasak di atas muka bumi selepas berla...

'LEBAI' MENYEMBAH DI MAZBAH?

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 17 syawal 1440H | 21 Jun 2019 ['Lebai' menyembah di mazbah??] Semua masih mood raya ke? Masih ada yang buat open house? Seronok beraya kan? Dapat berkumpul ramai-ramai dengan ahli keluarga, jumpa kawan-kawan, makan makanan yang sedap-sedap, ziarah menziarahi. Tetapi, tahukah kita, disaat kita sibuk merayakan hari kemenangan setelah tamatnya bulan Ramadhan, terdapat seorang individu dikatakan telah menimbulkan kekecohan kepada semua umat Islam. Individu tersebut yang dikatakan berumur lingkungan 40-an memakai pakaian seperti orang Islam iaitu: 1. Memakai kopiah 2. Berbaju putih 3. Berkain pelikat.  Dengan pemakaian sedemikian, individu tersebut memegang colok dan membuat penyembahan di mazbah kepercayaan mereka. Apa yang dilihat pada mata masyarakat sekeliling pada ketika itu, sudah pasti akan mencetuskan persoalan dan perasaan tidak enak atas tindakan individu tersebut kerana te...

MASJID UMAT ISLAM DIROBOH

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 20 Ramadhan 1440H | 25 Mei 2019 [Masjid Umat Islam Diroboh] Salah satu masjid di China dirobohkan oleh kerajaan China. Penduduk Islam disana tidak berani bersuara kerana dikatakan bahawa akan dikenakan tindakan keras kepada sesiapa yang melawan dan akan dimasukkan ke dalam kem-kem penjara mereka. Hari demi hari kita lihat umat Islam ditindas. Umpama orang yang lapar mengkerumuni hidangan yang sangat lazat. Benarlah sabdaan Rasulullah saw: "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka." Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Alla...

WAJIB KE PAKAI TUDUNG?

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 9 Ramadhan 1440H | 14 Mei 2019 [Wajib ke pakai tudung?] Sejak kebelakangan ini, ramai antara kita mengambil mudah berkenaan dengan pemakaian tudung. Sehingga ada di antara kita yang sanggup menanggalkan tudung walaupun setelah sekian lama tudung itu disarung. Tahukah kalian berkenaan dengan tudung pernah termaktub di dalam Al-Quran? Jom sama-sama kita renungi ayat 31, Surah An-Nur. "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka MELABUHKAN KAIN TUDUNG HINGGA KE PARAS DADANYA  dan JANGANLAH MEREKA MEMPERLIHATKAN PERHIASAN TUBUH MEREKA melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saud...

PENGHINAAN KALAM ALLAH

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 21 Syaaban 1440H | 27 April 2019 [Penghinaan Kalam Allah] Baru-baru ini saya dikejutkan dengan seorang individu yang tidak bertanggungjawab yang sanggup memperolok-olokkan ayat al Quran sekaligus bermain dengan hukum Allah di laman twitternya. Seolah-olah hati ini disiat-siat bilamana individu tersebut merupakan seorang ISLAM! Sungguh menyedihkan. Apakah kita sanggup melakukan sedemikian terhadap kitab suci kita sendiri? Dan masih ingatkah kita apakah itu al Quran?? Al Quran merupakan kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril secara mutawatir(berperingkat) dan membacanya dikira ibadat. Sungguh mulia al-Quran itu. Penghinaan al Quran ini sebenarnya sudah lama berlaku sejak zaman baginda Rasulullah SAW lagi sehinggga hari ini. Kenapa ini boleh berlaku? Kenapa?  Ia boleh berlaku disebabkan hilangnya rasa hormat terhadap al Quran sehingga menyamakan al Q...

LGBT KIAN BERLELUASA

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 16 Syaaban 1440H | 22 April 2019 [LGBT 🌈 kian Berleluasa] Apakah? Datuk bandar Pete Buttigieg secara rasmi mengumumkan bahawa beliau sedang bertanding untuk presiden Amerika Syarikat menjadikannya Demokrat gay terbuka secara terbuka untuk berbuat demikian. Kemudian, suami beliau, Chasten, menyertai beliau di atas pentas dan kedua-duanya berpelukan dan cium satu sama lain secara terbuka. Ini adalah berita yang terbaru dan sangat berkontroversi kerana menyokong hubungan LGBT yang sangat tidak semula jadi ini. Dibenarkan oleh Islam atau tidak? Sudah tentu tidak. Kenapa Islam ☪ tidak benarkan? Berdasarkan ayat Al-Quran, Allah telah berfirman dalam Surah Al-A’raaf ayat 80-81:- Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? ...