Posts

Showing posts from June, 2014

PMH DI PUNCAK BROGA

Image
"Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Al-Ankaabut : 20) Alhamdulillah ala kulli hal wa ni'mah; Pada 07 Jun 2014 bersamaan 9 Syaaban 1435 Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) telah berjaya menganjurkan satu aktiviti Pendakian Ke Puncak Impian iaitu Puncak Broga di Semenyih. Objektif utama aktiviti ini dijalankan untuk merapatkan lagi ukhwah antara Saff Kepimpinan PMH bersama ahli-ahli PMH. Selain itu, perjalanan ini juga untuk melihat dan menerbitkan rasa kekaguman di atas penciptaan Illahi dan kekuasaan Allah azza wa jalla dalam mencipta alam semesta ini. Allah telah membentangkan hamparan bumi yang begitu indah untuk kita mengambil ibrah dari setiap penciptanNya. Dan salah satu sebab kenapa Allah menciptakan bumi ini ada