Posts

Showing posts from October, 2013

::LEAD CAMP 2 dalam kenangan::

Image
Alhamdulillah,kalam dibuka dengan segala pujian hanya untuk Allah.Dia yang memudahkan segala kesusahan,dengan rahmat dan kasih sayangNya kami berjaya menjalankan program LEAD CAMP 2.Pelbagai cabaran yang dihadapi sewaktu menjalankan program ini,tetapi dengan komitmen dan kesungguhan para peserta,menaikkan semangat kami untuk tidak berputus asa dan terus berusaha. Para peserta diberi bekalan persiapan untuk menjadi da'i ummah,diharapkan segala input dapat dijadikan panduan dan rujukan apabila berada di medan sebenar kelak. Penulis mewakili PMH ,mengucapkan setinggi penghargaan kepada Ustaz Dasuqhi dan Ustaz Asyraff,dan kepada para peserta sekalian.Moga apa yang diperolehi dapat dikongsi bersama kawan-kawan dan teruskan gerak kerja anda bersama PMH.                                         ::LEAD CAMP 2 DALAM KENANGAN::

Transformasi Program Islamik UiTM Shah Alam

Image
UiTM Shah Alam kini semakin dibanjiri dengan program-program islamik yang berbentuk informasi forum dan pelbagai lagi.Sambutan masyarakat kampus terhadap program islamik semakin memberangsangkan.Ini dapat dibuktikan melalui kehadiran yang dicatat di setiap program.  Pujian harus diberikan kepada pihak pentadbiran UiTM Shah Alam yang banyak menyokong pelaksanaan program bersiri islamik.Persatuan Mahasiswa Hadhari,Persatuan Taha UiTM,Sahabat Surau di Setiap kolej dan persatuan-persatuan yang lain banyak menganjurkan program islamik yang segar dan unik,dengan mejemput para pendakwah terkenal,artis-artis yang berhijrah dan banyak lagi kelainan yang dibawa untuk menjadikan program islamik mendapat tempat dihati mahasiswa. Antara program islamik terdekat yang bakal mendapat sambutan yang hangat adalah : "Sebelum aku berhijrah",anjuran kolej jati.Jika program-program berkenaan hijrah diri,artis selalu dipanggil,tetapi kali ini da'i Adibah Rozain bakal bergandingan denga

The Mekanika VS Qasidah Nur Mahabbah

Image
Uitm Shah Alam digegarkan dengan arus perubahan baru ,dimana 2 kumpulan muzik yang berlainan gengre membawa matlamat yang sama iaitu hiburan berbentuk islamik. Qasidah Nur Mahabbah Taha,yang mempunyai trademark "Sebarkan Kasih Sayang",menampilkan musik dan persembahan yang bercirikan nasyid dan selawat.Apa yang menarik tentang Kumpulan ini adalah,ianya tertubuh dibawah Persatuan Taha UiTM,dimana persatuan yang juga menyediakan program-program berciri islamik seperti PMH.Kumpulan Qasidah Nur Mahabbah juga membuka keahlian kepada semua mahasiswa yang berminat.Latihan diberikan secara berkala kepada ahli-ahlinya. Satu lagi Band Music yang membawa imej rock islamik,iaitu The Mekanika.Band ini beberapa kali pernah menjuarai pertandingan Battle of The Band di UiTM Shah Alam.Vokalis The Mekanika iaitu Azrul Faiz merupakan nama yang tidak asing lagi dalam sejarah PMH,beliau merupakan mantan presiden PMH pada sesi 2011-2012.Konsep muzik yang diketengahkan amat mementingkan mese

Kisah Cinta Yang Indah

YA, INI KISAH CINTA YANG INDAH Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen ..melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengan nya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya . Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya . "Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati . Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras

LEAD CAMP KEMBALI LAGI!!!

Image
LEAD CAMP KEMBALI LAGI!!!! "Lead Camp dan PMH berpisah tiada",inilah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan program tradisi PMH,jika sebelum ini program LEAD ini adalah SGC.Rahsia UKHUWAH PMH terletak istimewa pada program ini,kerana modul-modul yang mencabar dan luar biasa telah berjaya meninggalkan impak kepada peserta-peserta yang lepas.Pelbagai kenangan suka dan air mata bakal terjadi, Peserta akan merasakan dan memahami apa erti sebenar ukhuwah yang dicanang-canangkan selama ini.Anda yang berkelapangan dijemput hadir. IMPIANA COUNTRY RESORT bakal menjadi lokasi istimewa untuk sesi kali ini.. JUMPA ANDA DI SANA!!!

::Tips Qiamulail::

Image
Assalamualaikum,,, Di sini saya ingin berkongsi dengan anda sedikit tips yang anda boleh lakukan ketika Qiamullail : Bangun pagi, sapu muka dan berdoa. Bersugi. Antara solat sunat yang boleh dikerjakanseperti solat sunat tahajud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, solat sunat hajat, dan ditutup dengan solat sunat witir. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Solat yang paling baik dikerjakan selepas solat fardu ialah solat sunat tahajud pada waktu malam." (Riwayat Muslim) Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakan sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Allah membangkit dan menempatkan kamu di tempat terpuji pada hari akhirat kelak." (Surah al-Isra' 17:79) Memperbanyakkan istighfar dan berdoa kerana antara waktu yang mustajab berdoa. Sederhanakan suara ketika membaca bacaan dalam solat dan berdoa. Merintih dan

::Jalan Keluar Masalah::

Image
Istighfar merupakan penutup amal saleh, penutup shalat, haji, puasa, dan juga penutup sesuatu majlis. Istighfar berfungsi untuk menutupi kekurangan-kekurangan yang diperbuat selama melaksanakan ibadah tersebut. Selain itu, istighfar juga sebagai penyebab utama mendapatkan ampunan Allah SWT. Muhammad Shalih Al-Khuzaim dalam bukunya Shifat Shalat Qiyamullail, menjelaskan bahwa kemuliaan istighfar ke hadrat Illahi cukup bermakna. Setiap Muslim hendaknya memperbanyakan istighfar dalam berbagai kesempatan yg ada. Seringkas ringkas nya ucaplah kita, Astaghfirullah, Rabbighfirli, Allahummaghfirli, dan yang lainnya. Melalui istighfar tersebut seseorang akan memperoleh banyak kerahmatan nya insya Allah. Pertama, dihapus keburukan dan diangkat derajatnya. "Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." - An-Nisa' [4]: 110). Kedua, dilapangkan rezeki, anak, har

::Tiada Duka Yang Abadi::

Image
::Tiada duka yang abadi:: bukannya tanpa maksud apapun Allah menguji seorang hamba. bukan pula hanya untuk main-main atau bersandiwara jika Allah memberikan kenikmatan pada seorang hamba dan memberikan ujian berupa kesusahan hambanya yang lain.semua itu Allah tetapkan agar kita senantiasa ingat kepadaNya, tunduk patuh dan hanya bergantung padaNya saja. kalimat ini hadir di dalam buku yang saya baca, tiba-tiba langsung membuat kilas balik apa  yang sudah difikirkan dan terucap di hati ini. Apa kalimat yang terlihat simple ini sudah benar2 terancap di hati? semuanya yang Allah tetapkan itu baik, tidak ada satu pun ketetapan Allah yang salah. taukah kawan, sering tergoda hati ini berbicara tentang keluhan, bantahan,kritikan bahkan penyesalan*.  padahal sikap-sikap tadi hanya akan membuat hatimu bertambah sempit. sempitnya hati membuat perasaanmu tidak dapat bekerja lagi, mulanya perlahan-lahan tidak dapat bersyukur kemudian yang lebih parah akan membuatmu memungkiri nikmat Al

USTAZ DON::Cara Solat Sunat Dhuha dalam hutan.

Image
cara solat dhuha dalam hutan....panduan buat kita jika ada perkhemahan dan sewaktu dengannya.

Mencari Sakinah

Image
Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini, merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan, namun masih tak sedarkah kita tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya? Dipetik dari ceramah oleh Dr. MAZA bertajuk 'Mencari Sakinah', semoga kita semua mendapat manfaat bersama. Insyaallah... Apabila kita asyik termenung memikirkan nasib diri di sini... merenung jauh mereka di sana  hidup penuh keseronokan dan kegembiraan... namun, kita masih tak sedar tentang hakikat  erti kebahagiaan yang sebenarnya... Ramai orang... tersalah sangka tentang maksud  ketenangan dalam hidupnya selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta... dengan faktor kekayaan... Walaupun itu boleh jadi penyumbang tetapi itu bukan segala-galanya Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar tidur di atas katil yang empuk tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak Bahkan ada oran

Aku ingin Berubah

Image
TIPS BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK :) 1) hati mau kuat, azam mahu sentiasa semangat! Bila sebut dan tekad nak berhijrah hati mesti mau semangat. macamana tuh? harus sedar diri betul2 nak berhijrah.tanam di hati.   ''aku terus dengan cara lama aku rugi, sampai bila nak macamni?''  Segala amal bermula dari niat. segala niat bermula dari hati . kalo dari hati tak kuat, niat sekadar hangat2 tahi ayam, rasanya tempoh penghijrahan tu mungkin sekadar main celup2 jari dekat air bertakung. Kenapa..?  Hijrah kerana Allah, KERANA ALLAH hati pasti automatik jadi kuat.  kenapa..? hati kita Dia yang cipta kan? :)   Allah suka hati-hati yang kembali kepadaNya. 2)Doa senjata mukmin. Ini memang tak boleh tinggal. Doa itu SENJATA. masa sedih kita doa minta kekuatan, masa happy kita doa jd hamba bersyukur. Allah kan dah firman... "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku, akan mas